Jurupandu Akan Disediakan Untuk Mendaki Gunung Baling

Majlis Daerah Baling (MDB) akan mengkaji untuk memperketat langkah keselamatan kepada mereka yang mendaki Gunung Baling termasuk menyediakan jurupandu, kata Pegawai Daerah Baling, Dzohir Md Zain.

Beliau berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perkara tidak diingini kepada mereka yang mendaki gunung tersebut yang jumlah pendakinya semakin bertambah.

“MDB akan turut melatih jurupandu supaya dapat membantu pendaki agar tidak tersesat laluan,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, empat remaja dilapor sesat ketika mendaki gunung tersebut dan lima remaja turut dilapor sesat pada Sabtu lalu.

Sementara tiga hari lepas berlaku kebakaran hutan seluas empat hektar di gunung itu yang kerja-kerja memadam api ditamatkan semalam walaupun api masih belum dipadamkan sepenuhnya hingga ketika ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *