Keluarga Che Ta Bakal Terbitkan Siri Tv Ala ‘Keeping Up With The Kardashians’??

Semua artis Malaysia nak nampak hebat sikit, tiru gaya atau fesyen artis Hollywood.. Uolls dah tengok gambar aksi Rozita Che Wan dengan adik beradik dia yang lain? Memang tak dinafikanlah dorang semua dianugerahkan muka yang cantik walaupun dah berusia..

Menerusi akaun Instagram milik Che Ta, dia telah memuatnaik gambar photoshoot bersama adik beradiknya.. Tujuan apa yang Chet Ta muatnaik gambar tu Miss A tak pasti.. Tapi, ramai peminat yang kecam aksi dorang ni..

Semua yang ada dalam gambar tu berhijab penuh, gaya pakaian dengan ketat dan sendat.. Langsung tak gambarkan dorang tu wanita berhijab.. Tak salah nak ambik gambar macam mana pun, ada je Miss A rasa pakaian yang lagi sesuai untuk wanita berhijab..

Pakai tudung, subang kat telinga nak tunjuk juga kat orang.. Serupa aurat tu hanya menutup rambut saja.. Mungkin bakal ada siri TV Che Ta sekeluarga ala-ala ‘Keeping Up With The Kardashians’ kot.. Tu yang ambik gambar dorang adik beradik..

Dah banyak kali Che Ta kena tegur dengan peminat pasal pakai tudung tapi berseluar ketat.. Tapi Che Ta masih lagi tak ‘makan saman’.. Mungkin Che Ta ni pakai tudung hanya mengikut trend kot.. Bukan betul-betul istiqamah nak bertudung.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *