Kerajaan Beri Cuti Bergaji Jika Wanita Datang Bulan

Sakit ketika datang bulan atau sengugut ini memang akan jadi kebiasaan pada orang perempuan setiap bulan, masa itu lah mood dorang akan jadi tak menentu.. Kejap dia okey, kejap dia marah-marah.. Sebab itu kalau orang perempuan datang bulan tak boleh diusik sangat, silap hari bulan korang kena sembur! Hihhii..

Miss bukan nak cerita pasal itu sebenarnya, cuma ada cerita yang berkait rapat dengan datang bulan ini.. Di wilayah Anhui di China, dikatakan wilayah mereka meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan pekerja wanita ambik cuti bila datang bulan.. Whoaa! Best weiii, kalau macam itu!

Pelaksanaan itu akan bermula pada Mac tahun ini, wanita yang mengalami ketidakselesaan atau kesakitan akibat datang bulan boleh ambik cuti sehingga dua hari.. Lepas ini pakat dok kerap cuti lah, ada yang sakit sikit itu pun akan gedik ambik cuti juga.. Dah orang bagi, gaji pun ‘jalan’.. So, akan dimanfaat sebaik mungkin lah  noh.. Hheheheh….

Tapi ada syaratnya juga lah, kalau dorang nak amik cuti itu kena ada surat doktor dulu baru cuti diluluskan.. Difahamkan, undang-undang itu diluluskan masa Mesyuarat Tahunan Wilayah beberapa minggu lalu.. Selepas undang-undang dimaklumkan kepada orang ramai, pelbagai reaksi dan pendapat dilemparkan..

Ada sesetengah pihak yang mempersoalkan dan mengatakan undang-undang tersebut tak munasabah, sekali gus akan menyebabkan wanita susah nak dapat kerja.. Betul juga, maybe sesetengah majikan susah nak ambik bekerja kalau pekerjanya nak kerap cuti je, betul tak??

Walaupun ada yang merasakan tak munasabah dengan pelaksanaan undang-undang itu, yang menyokong itu sudah pasti lah ramai dan menyukai dengan undang-undang baharu itu.. Dorang berpendapat itu satu keputusan yang bertimbang rasa dari kerajaan..

Anhui menjadi wilayah ketiga di China yang meluluskan cuti macam itu, selepas Hubei dan Hainan.. Selain negara China, Taiwan dan Indonesia pun dah melaksanakan cuti macam itu.. Kat Malaysia bila lagi?? Hihhihii.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *