Konsert 5 Divo Satukan Vocal Penyanyi Hebat

Konsert yang julung kali diadakan ini pasti sangat dinanti-nantikan oleh peminat seni nyanyian.. Kurang dari 24 jam dari sekarang, penonton bakal disajikan dengan lima vokal lelaki terhebat dari tiga buah negara di konsert ‘5 Divo’..

Konsert ini akan diiringi oleh orkestra terkenal yang diketuai oleh Dato’ Ramli MS.. Ramai penonton yang merasakan konsert penuh cinta ini akan menghasilkan satu suasana muzik, sistem cahaya dan bunyi yang sangat hebat..

Lima penyanyi itu adalah Hafiz Suip, Taufiq Batisah, Hazama, Afgan dan Judika.. Konsert ini telah mendapat sokongan oleh ‘Gagasan 1Malaysia’ dan juga telah mendapat kerjasama dari pihak Era FM..

5 Divo akan berlansung di Stadium Malawati, Shah Alam pada malam ini.. Pada mana-mana peminat yang masih lagi belum dapatkan tiket, anda boleh melayari laman www.ticketpro.com.my selaku pihak yang menjual tiket rasmi untuk konsert ini..

Disini Miss A sertakan sekeping gambar untuk harga setiap seat semasa berada di konsert itu.. Paling mahal adalah RM1,188.. Tiket paling murah telah pun habis dijual ye.. Hehehe.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *