Macai Mukhriz Tak Puas Hati Bila Tuannya Dipecat Lagi

Seorang macai bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menggunakan akaun Facebook Aril Farhan Apj, dilihat tidak berpuas hati apabila ‘tuannya’ dipecat sekali lagi daripada jawatan yang disandangnya.

Mukhriz yang sebelum ini dipecat dari jawatan Menteri Besar Kedah, hari ini sekali lagi dipecat daripada jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Anak Mahathir itu digugurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kekosongan jawatan yang ditinggalkan tersebut digantikan oleh Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusi Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Najib, macai-macai Mukhriz bertindak menyuarakan kemarahan mereka di laman sosial. Mungkin dengan niat mahu memburukkan kepimpinan perdana menteri.

Tidak cukup dengan kebiadapan yang ditunjukkan, macai-macai tersebut juga dilihat mahu menghasut pengguna laman sosial dengan meletakkan #TolakNajib sebagai tanda boikot terhadap pentadbiran pucuk pimpinan Presiden UMNO tersebut.

Malah Aril Farhan Apj juga turut mengajak seluruh rakyat Kedah dan rakyat dinegeri lain untuk bersatu padu dan bekerjasama untuk ‘memecat’ seluruh kepimpinan yang konon ‘menggulingkan’ tuan Mukhriz mereka itu.

“Najib Razak telah memecat Ds Mukhriz sebagai pengerusi perhubungan Umno Negeri Kedah dan di gantikan dengan Ahmad Bashah dan Timb . Mahadzir Khalid . Harap Maklum.


“* tunggu rakyat pecat hampa pulak #‎UmnoKedah‬#‎TolakNajib‬.” Menurut status tersebut.

Sejak dari pengumuman perletakkan jawatan yang dibuat Mukhriz sehinggalah sekarang, macai Mukhriz tidak berhenti-henti bersuara menyalahkan perdana menteri. Padahal tuan mereka yang buat hal tapi nak salahkan orang lain pulak. Belajar la terima hakikat. – TiraGomez/UtaraNews.com

One thought on “Macai Mukhriz Tak Puas Hati Bila Tuannya Dipecat Lagi

  • 11/02/2016 at 1:57 pm
    Permalink

    Assalamu'alaikum… saya tidak bersetuju bahawa saudara Aril Farhan Apj "menghasut" pengguna media sosial yang lain…dia cuma luahkan kekecewaannya saja… tetapi saya juga tidak bersetuju dengan perbuatan penyokong Dato' Mukhriz. Masih terlalu awal untuk menilai pentadbiran dato' seri Ahmad Bashah…bagilah ruang dia nak bernafas sebentar…bagilah dulu tempoh 100 hari kepada dia…kemudian nilailah pentadbiran dia… 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *