Mahfuz Nak Tunjuk Ego Depan Ahmad Bashah

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dilihat masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang melepaskan jawatannya selaku MB Kedah, dalam satu pengumuman yang di buat pagi semalam di Wisma Darul Aman.

Akibat dari tindakan drastik Mukhriz tersebut, Mahfuz seperti tidak dapat menerima kenyataan apabila Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah, diangkat dan menggantikan Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah ke-12 yang baharu.

Tanpa berfikir panjang dan terlalu mengikut kata emosi, Mahfuz bertindak tidak matang apabila enggan menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahmad Bashah yang diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Star pagi tadi.

Tindakan dan keputusan kebudak-budakan tersebut dibuat kononnya sebagai tanda protes dan solidariti kepada Muhkriz. Tindak terhenti disitu, Mahfuz turut menyelar tindakan mendesak Mukhriz meletak jawatan adalah disebabkan rasa dendam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Boleh dikatakan setiap kali majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar sejak saya dipilih sebagai Ahli Parlimen pada 1999, saya akan hadir.

“Namun, pada kali ini yakni majlis angkat sumpah Bashah sebagai Menteri Besar sangat berlainan ekoran penggulingan Mukhriz sebagai Menteri Besar akibat dendam kesumat Putrajaya kepada manusia dua beranak, iaitu Tun Mahathir dan Mukhriz atas kritikan tajam mereka terhadap Perdana Menteri Najib,” tuduh Mahfuz.

Bekas Ketua Penerangan PAS itu dikatakan sangat kecewa dan kesal dengan nasib yang menimpa Mukhriz. Dalam fahamannya, Mukhriz disingkirkan akibat dari kelantangan dan keberaniannya bercakap telus dan jujur dalam semua perkara. Malah dakwanya, keberanian bercakap benar dengan membuat kritikan terhadap Presiden UMNO wajar diberi pujian.

“Apalah nasib rakyat Kedah dengan Menteri Besar baru dan barisan EXCO yang tiada moral, dan integriti politik yang hanya menjadi pak turut membabi buta. Saya cukup sedih dan kecewa dengan pemimpin politik seperti ini.

“Bagi saya, penyingkiran Mukhriz sebagai Menteri Besar adalah sebenarnya pengkhianatan terhadap rakyat Kedah yang sama sekali tidak boleh diterima. Saya percaya rakyat Kedah akan turut sama menyumpah dan menyampah dengan gerombolan Putrajaya yang menyerang Kedah,” katanya.

Mungkin Mahfuz juga merasakan dirinya hebat dalam semua perkara dan mahu melawan takdir Allah S.W.T.,terima jela kenyataan yang riwayat hidup politik Mukhriz sampai di situ sahaja. Semua ini terjadi atas ketentuan qada dan qadar. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *