Mat Sabu lebih Rela Berbogel dari Makan Rasuah.

Kalau aku marah, aku buka baju atas pentas … pasti esok suratkhabar muka depan tulis Mat Sabu takde akhlak. Sesetengah ustaz pun akan kata gitu.

“Tapi, bila pemimpin rasuah depa diam. Padahal buka baju bukan dosa, tapi rasuah jelas haram. Inilah masalah umat Islam hari ini. Mereka tidak merasa jijik dengan rasuah.” kata Mohamad Sabu didalam satu ceramah Parti Amanah Malaysia (PAN) Di Taman Asa Jaya, Kajang.

Tetapi Mat Sabu tak pula menjelaskan kepada para penyokongnya dimanakah letaknya perlembagaan PAN yg mencatatkan penentangan pada rasuah..

PAN sehingga kini langsung tak menyatakan pendirian didalam penentangan mereka berkenaan isu rasuah didalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang khususnya di Selangor dan juga P.Pinang.

Di P.Pinang,  apabila ada ADUN PKR bangun bersuara menentang unsur rasuah dalam isu tambak tanah oleh kerajaan DAP negeri, mereka dipecat oleh Lim Guan Eng yang merupakan “Abang angkat” kepada Mat Sabu.

Jika benar Mat Sabu memandang jijik kepada rasuah seperti yang diucapkannya didalam ceramah, sudah tentu berbakul Lim Guan Eng kena maki.. Tetapi sehingga kini langsung tiada suara yang keluar dari tekak bekas Timbalan Presiden PAS tersebut. Mungkin Mat Sabu takut hilang elaun dari Guan Eng jika dia bersuara..

Inilah Mat Sabu yang rakyat Malaysia kenal selama ini.. Cakapnya berdegar-degar hinggakan langit pun mampu runtuh kalau dia berceramah.., walhal satu apapun cakapnya tak boleh dipakai. Sebab itulah Mat Sabu sekadar mampu jadi balaci Guan Eng sahaja sehingga kini.. – Big B/Utaranews.com

One thought on “Mat Sabu lebih Rela Berbogel dari Makan Rasuah.

  • February 24, 2016 at 4:25 am
    Permalink

    Lim Guan Eng bukan 'abang angkat' si sabutoh la…..Lim Guan Eng adalah kawan semeja makan sup babi bak kut teh.
    Tak percaya? Pi tanya si sabutoh tu!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *