‘Mat Sabu Tu Gila, Kita Jangan Ikut Perangai Dia’ – Nik Mohamad Abduh

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, siapa tak kenal bukan. Namun kadang-kadang rakyat lebih mengenai Mat sabu dengan sikapnya yang gelojoh dan perangainya yang tidak senonoh.

Tidak tahu sama ada ‘perangainya’ itu disengajakan untuk menjadikan dirinya tumpuan atau memang sikap semula jadinya sebegitu. Eshhh, buruknya!

Disebabkan itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan para pemuda Pas supaya berwaspada dengan ‘wabak’ pelik yang dibawa Mat Sabu.

Korang mesti ingatkan, peristiwa Mat Sabu melempar mikrofon dalam satu ucapan penuh ‘bersemangat’ dia sempena hari menyambut genap setahun Anwar Ibrahim sebagai seorang banduan di penjara Sungai Buloh.

Bukan main lagi Mat Sabu beri ucapan, kononnya tidak puas hati dengan hasil ‘kerja’ yang ditunjukkan parti pembangkang yang lain dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan. Siap marah-marah kepada rakyat, kerana tidak mampu untuk bersuara dan melawan kerajaan.

“Lempar mikrofon itu cara abang Mat Sabu, bukan cara kita (PAS). Kita tidak kecewa walaupun kita sebut nak lawan kerajaan, tapi tidaklah kecewa hingga baling mikrofon.

“Saya sudah beritahu Pemuda PAS jangan buat perangai macam itu,” ujar Nik Abduh.

Bukan setakat baling mikrofon sahaja, Mat Sabu yang tidak dapat menahan rasa geram dan marah itu, turut menyalahkan rakyat dengan menganggap mereka sebagai pengecut kerana tidak memberi sokongan penuh kepada parti pembangkang untuk menumpaskan kerajaan. Hahahaaaa… Kelakar doe!

Video adegan panas Mat Sabu membaling mikrofon itu, tersebar secara meluas di alam maya. Ada yang teruja dengan aksi bersemangat yang ditunjukkan Mat Sabu, dan ada juga yang mengutuk.

Hahahaaa… Disebabkan itulah Nik Abduh menasihati ahli-ahlinya, terutama sekali Pemuda Pas supaya tidak terjebak dengan gaya Mat Sabu ni. Itu gila namanya, bukannya semangat seorang pemidato kalau sudah gayanya macam tu.

Orang yang takda adab sahaja yang buat tindakan bodoh tu… Kalau ye pun nak marah, perlu ke sampai baling mikrofon tuuu?? Gila kan. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *