Muhyiddin Perlu Bersyukur Hanya Digantung, Bukan Dipecat

Seronok Andy melihat dan mendengar berita mengenai penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno…. Ada yang bersetuju dengan pergantungannya.., dan ada juga yang tidak bersetuju.

Biasalah.., kalau yang tak setuju dengan pergantungan Muhyiddin tu sudah tentu penyokong ‘setia’ beliau… Bila Muhyiddin dah kena gantung, mulalah penyokong Muhyiddin meroyan salah sana salah sini.

Lagipun, sebelum Muhyiddin digantung… Pemimpin Tertinggi Umno berjuta kali nasihatkan Muhyiddin agar tenang dan kembali menjalankan tugas membantu presiden parti… Tapi apa yang Muhyiddin buat?? Muhyiddin boleh buat macam dia laa hero negara.

Dah nak tunjuk hero sangat… Maka , ini lah makan dia… Tu pun kira bernasib baik lagi laa Muhyiddin hanya kena gantung… Kalau Muhyiddin hidup zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.., dah lama Muhyiddin kena macam Datuk Seri Anwar Ibrahim… Siap kena humban ke dalam penjara lagi tau!!

Kalaulah Najib jahat macam Mahathir… Rasanya Muhyiddin dah lama makan nasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara Sungai Buloh tu… Tu pun Muhyiddin dah penyokongnya tak tahu nak bersyukur…. Yang dorang tau, Presiden jahat, Presiden itu.., presiden ini laa.

Yang bestnya lagi, bila Muhyiddin digantung, puak pembangkang punya laa berebut nakkan Muhyiddin… Siap sanggup tawarkan jawatan tertinggi kepada Muhyiddin untuk menyertai mereka.

Kelakar betul tengok gelagat puak pembangkang ni… Punya laa terdesak, sampai ‘langau taik’ pun dorang nak ambil jadi pemimpin parti… Mesti Muhyiddin peningkan, nak pilih parti mana satu?? Hahaha. – AndyBolat/Utaranews.com