Mukhriz Patut Ambil Zahid Hamidi Sebagai Contoh, Bukan Ikut Jejak Peliwat

Selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Besar ekoran kemelut yang melanda 2 minggu lalu, puak-puak pembangkang mengambil peluang keemasan ini dengan menghasut anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu supaya mengikut jejak si peliwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Puak-puak pembangkang sering bersuara sejak awal kemelut Menteri Besar Kedah ini berlaku dalam pertengahan bulan lepas, dengan menggesa Mukhriz meninggalkan Umno dan menyertai mana-mana parti pembangkang mahupun menubuhkan sebuah parti baharu.

Namun begitu, rancangan jahat puak pembangkang untuk memecah-belahkan Umno nampaknya tidak kesampaian, apabila Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi tampil menasihati Mukhriz supaya menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, beliau amat memahami perasaan dan keadaan Mukhriz pada masa kini… Seandainya Mukhriz membuat keputusan dalam keadaan sedih dan marah, sudah pasti keputusan yang dibuat itu merupakan keputusan yang tidak tepat.

Justeru itu, Zahid menasihati bekas Menteri Besar Kedah itu supaya terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti, dan pada sama Zahid mengungkit kisah perjuangannya dalam parti untuk dijadikan teladan kepada Mukriz.

Mungkin Mukhriz tidak mengenal erti dunia politik yang sebenarnya, memandangkan anak kepada bekas perdana menteri itu menceburi bidang politik ini ketika menghabiskan pelajarannya diluar negara… Mukhriz perlu sedar, bahawa penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar tidak membawa makna karier politiknya dibunuh.

Mukhriz disaran mengikut jejak Zahid Hamidi yang dahulunya pernah ditahan oleh kekejaman bapanya dibawah akta ISA pada 1998… Malah, ketika Zahid menjadi tahanan ISA, Zahid juga pernah ditawar pembangkang untuk menyertai mereka seperti mana yang berlaku kepada Mukhriz ketika ini… Namun begitu, Zahid tetap beristiqamah dengan perjuangan parti sehingga membolehkan beliau berada dikedudukan sekarang.

Mukhriz masih mempunyai peluang untuk merasai kedudukan seperti yang diduduki Zahid, mahupun kedudukan bapanya pada satu ketika dahulu memandangkan umur Mukhriz masih muda…

Apa yang diperlukan Mukhriz untuk berada di kedudukan tersebut adalah tabah dan beristiqamah sepertimana yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri itu, dan jangan sesekali termakan dengan ‘dedak’ yang dilemparkan oleh parti pembangkang. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *