Nurul Izzah Mahu Malaysia Jadi Negara TANPA Undang-undang

Bila kerajaan mahu membuat pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), mula laa pemimpin pembangkang menyalak menyalahkan kerajaan, kononnya kerajaan takut dan mahu melindungi kesalahan yang dilakukan pemimpin kerajaan.

Menurut Nurul Izzah Anwar, kerajaan takut dengan pendedahan yang sering dilakukan pemimpin pembangkang dan mereka yang sering membocorkan maklumat sulit kerajaan sehingga sanggup membuat pindaan OSA.

“Ada apa pada OSA sehingga perlu dipinda? Adakah ini sebagai cubaan untuk lindungi rahsia Pak Menteri semata-mata,” kata Nurul Izzah.

Apa kejadahnya kerajaan nak takut dengan pendedahan yang banyak kali terbukti tak betul…. Lagipun, salahkah kerajaan mahu mengetatkan lagi undang-undang mengikut peredaran zaman.

Kalau dilihat, pada zaman ini terlalu banyak pendedahan ‘mengarut yang dilakukan sehinggakan boleh dijatuhkan hukum fitnah… Sebagai contoh, tuduhan pemimpin pembangkang kononnya Lembaga Tabung Haji yang dikendalikan badan kerajaan telah bankrap.

Disebabkan tuduhan mengarut pemimpin pembangkanglah yang menyebabkan pelabur dalam tabungan itu mulai takut, dan mengeluarkan semua wang simpanan yang ada di dalam lembaga tersebut.

Jadi, elok sangatlah kerajaan mengambil keputusan untuk mengubah Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi mengetatkan lagi peraturan, sekaligus dapat melancarkan pentadbiran negara memacu ekonomi negara di mata dunia…. Itu pun tak faham ke??? – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *