Patung Seks Jadi ‘Penyelamat’ Petani Di China

Di Thailand, orang sana menggunakan patung seks untuk panggil hujan.., kononnya nak bagi ‘dewa’ malu, lalu menurunkan hujan.. Petani di ladang sesawi di Chengdu, China pulak menggunakan patung seks dengan tujuan untuk menghalau serangga dan binatang perosak.. Hah, sempoi tak cara petani di China halau binatang perosak??

Petani kat Malaysia buat ‘orang-orang’ je nak menghalau binatang perosak dari merosakkan padi diorang.. Agaknya petani di China pun berpendapat kalau diorang letak patung seks untuk dijadikan ‘penjaga’ di tengah ladang diorang, serangga, burung atau binatang perosak lain ‘malu’ nak merosakkan tanaman diorang.. Mungkin la.. Hahhaha..

Patung seks perempuan tu baik punya dipakai topi dan baju yang berlubang di dada dan alat sulitnya, kemudian di letak kat tengah ladang itu.. Yela, nama pun patung seks, kena lah tonjol apa yang tak patut noh..

Cara yang digunakan itu, dikatakan telah berjaya menghalau burung daripada merosakkan ladang sesawi diorang.. Burung pun ‘malu’ nak tengok patung seks itu! Tak senonoh betul lah, tapi jangan pulak kat Malaysia pun nak tiru buat macam itu.. Nanti lain pulak jadinya!

Agaknya lepas ini patung seks akan jadi ‘penyelamat’ apa pulak tak tahu lah kan.. Mana nak tahu, nanti patung seks akan dijadikan ‘penjaga’ waktu malam ke, untuk mengelak tuannya dari kena kacau dengan hantu.. Hihihii.. – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *