Pecat Dua Adun PKR Buktikan Guan Eng Sangat Zalim

Bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah, ramai mengatakan Najib seorang yang zalim dan pengecut kerana menyalahgunakan kuasa.

Andy pun sampai pening tang mana yang nampak zalim dan pengecut tu?? Tang mana salah guna kuasa tu?? Setahu Andy, pemecatan 2 makhluk yang terkinja-kinja tu disebabkan mereka sering mengkritik pentadbiran Najib.

Pemecatan depa berdua tu bukannya satu tindakan yang zalim… Pemecatan itu sebenarnya tepat, sebab mereka mengganggu proses pentadbiran Negara… Macam mana pentadbiran negara nak lancar kalau 2 orang tu asyik duk persoal dan tak buat kerja masing-masing.. Jadi eloklah dipecat saja kan??

Kalau nak tau sapa sebenarnya pemimpin yang zalim…. Tu…, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, merangkap Setiausaha Agung DAP yang sebenarnya zalim…. Bukannya Najib.

Tengok sajalah apa yang dibuat Guan Eng terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Pulau Pinang…. Guan Eng pecat 2 Adun PKR itu kerana tidak menyokongnya untuk melaksanakan projek penambakan laut di Pulau Pinang.

Yang ni baru betul-betul zalim dan cilaka!! Orang tak sokong, terus dibuang dari jawatan kerajaan negeri… Bukannya 2 Adun PKR tu kritik Guan Eng macam mana Mukhriz dan Muhyiddin kritik Najib… Tak sokong usul je pun!!

Nampak sangat Guan Eng mahu semua pemimpin ikut telunjuknya… Nak kena sokong apa yang DAP mahu laksanakan… Elok sangatlah Pas putus hubungan dengan DAP… Kalau tak, Pas akan jadi anjing suruhan macam PKR dan PAN… Hahaha. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *