Pengambilan Pekerja Asing Akan Disifarkan Menjelang Hari Kemerdekan Ke-100 Negara

Bila kerajaan memasukkan pekerja asing kedalam negara bagi memenuhi sektor pekerjaan 3D (difficult, dirty and dangerous), ramai pihak terutamanya pihak pembangkang menyalahkan kerajaan kononnya menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan dan golongan anak muda.

Namun begitu, sebelum menuding jari menyalahkan kerajaan kerana mengambil pekerja asing bagi memenuhi sektor pekerjaan 3D ini, lihatlah dengan mata sendiri betapa bongkaknya rakyat tempatan dan anak muda dalam memilih pekerjaan.

Rakyat tempatan dan anak muda kini tidak lagi seperti orang-orang dahulu, dimana rakyat dahulu sanggup bermandi peluh dan menelan keringat untuk mencari sesuap nasi, berbanding golongan ini yang hanya mahukan pekerjaan dibawah bumbung yang ditemani sejuk dingin dari penghawa dingin…. Selain itu, golongan ini juga terlalu manja sehingga tidak boleh diberikan kerja yang berat!!

Dengan sikap golongan yang layak diberi gelaran ‘anak raja’ ini, pihak majikan terpaksa memohon kepada kerajaan supaya ‘mengimport’ pekerja asing ke negara ini bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditinggalkan golongan ini.

Walaupun kerajaan ‘mengimport’ pekerja asing untuk memenuhi sektor yang tidak digemari golongan ‘anak raja’ ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi komited untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat bermula pada tahun 2020… Ini kerana mahu memberi peluang pekerjaan kepada golongan ‘anak raja’ yang sering merungut tiada pekerjaan, kononnya peluang pekerjaan mereka telah dirampas oleh pekerja asing.

Menurut Zahid, bila Malaysia sudah mencapai status negara maju pada tahun 2020, kerajaan mahu memastikan semua majikan dinegara ini tidak lagi mengambil pekerja asing dan memberi peluang pekerjaan tersebut kepada rakyat tempatan.

Tambah Zahid, bila tiba perayaan kemerdekaan ke-100 negara, beliau mahu pengambilan pekerja asing ini disifarkan, sekaligus ia merupakan hadiah kepada negara sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-100.

Oleh demikian, apa yang menjadi tanda tanya disini ialah, mampukah golongan ‘anak raja’ ini berubah sikap yang ‘demand’ itu untuk menceburi bidang kotor, lasak dan bahaya ini???Tepuk dada, tanyalah selera. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *