Penoreh Getah Harus Belajar Bersyukur

Harga getah di negara ini sering menjadi isu ‘panas’…. Dari pentadbiran Tun Hussein Onn sehinggalah ke pentadbiran Datuk Seri Najib, isu harga getah sering menjadi pertikaian semua pihak khususnya penoreh getah.

Penoreh getah sering kali menyalahkan kerajaan ekoran penurunan harga getah di negara ini, dan sering kali menggesa kerajaan menyalurkan bantuan tambahan kepada mereka.

Namun demikian, berbaloikah kerajaan menyalurkan bantuan tambahan kepada golongan penoreh getah ini?? Selain itu, adakah penurunan harga getah ada kaitan dengan pentadbiran kerajaan??

Yang seterusnya, adakah kehidupan penoreh semakin tersempit kerana dikhabarkan penoreh hanya mampu memperolehi RM0.80 sehari, hasil jualan getah sekerap mereka??

Bagi mendapatkan jawapan ini, Andy ada bertemu dengan penoreh getah di sekitar Baling, Kedah… Hasil pertemuan Andy dengan penoreh disana, Andy mendapat tahu bahawa harga pasaran bagi sekilo getah sekerap terkini adalah RM1.40.

Selain itu, Andy juga dimaklumkan bahawa harga getah itu akan dibahagi dua sekiranya penoreh getah tidak mempunyai ladang, dan ini bermakna penoreh akan memperolehi RM0.70 sekilo.

Pada awal perkhabaran mengenai harga itu, Andy agak terkejut kerana harga sekilo getah sekerap itu memang agak murah… Tetapi Andy dimaklumkan, seorang penoreh mampu mendapatkan sekurang-kurang 20 kilo getah sehari.

Bila dicampurkan harga pasaran dan jumlah minimum kg yang diperolehi, Andy mendapati seorang penoreh mampu meraih RM14 sehari selepas dibahagikan kepada tuan ladang… Bagi Andy, hasil RM14 sehari merupakan jumlah yang besar buat seorang penoreh.

RM14 sehari dikatakan besar??? Iye, memang jumlah yang besar buat seorang penoreh getah…. Penoreh getah hanya menoreh pokok pada waktu pagi dan tidak akan menoreh sehingga tengah hari ataupun petang.. Bila dikirakan jumlah jam mereka bekerja, penoreh hanya bekerja selama 3 jam sahaja.

Dengan hasil RM14 sehari dibagikan kepada 3 jam waktu penoreh melakukan kerja, ia akan menjadi RM4.67 sen sejam… Ini jelas menunjukkan gaji penoreh getah lebih tinggi daripada pekerja ‘fast food’ yang hanya dibayar sekitar RM4.20 sejam.

Kesimpulannya, penoreh getah perlu belajar bersyukur kerana mereka masih dibayar dengan gaji yang tinggi walaupun harga pasaran getah jatuh… Selain itu, bagi mendapatkan wang lebih, penoreh getah disarankan menyahut saranan Ahmad Maslan untuk melakukan 2 3 kerja.

Penoreh getah mempunyai masa terluang untuk melakukan kerja yang kedua kerana pekerjaan menoreh getah hanya mengambil masa 3 jam… Jangan jadikan alasan ‘tiada masa’ untuk memajukan diri sendiri!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *