Perlaburan Bernilai RM10.6 Bilion Untuk Industri Halal Malaysia

Industri halal Malaysia telah berjaya menarik jumlah pelaburan bernilai RM10.6 bilion pada tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nilai tersebut merangkumi pelaburan asing berjumlah RM5.6 bilion manakala pelaburan domestik pula bernilai RM5 bilion.

“Produk halal negara terus menarik minat pengguna di seluruh dunia dan jumlah eksport bagi barangan itu turut meningkat, dan merekodkan jumlah sebanyak RM42 bilion pada tahun lalu berbanding RM38 bilion pada 2014.

“Justeru, pemain industri ini dalam negara perlu sentiasa berada di barisan hadapan supaya Malaysia kekal sebagai peneraju dan tidak tertinggal di belakang berbanding negara lain,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Kosmetik dan Penjagaan Diri Halal. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *