Proton Perlu Tingkatkan Kualiti Jika Mahu Sokongan Rakyat

Tiada lagi rahsia, rakyat di negara ini semestinya sudah bosan dan muak dengan pelbagai alasan dan desakan yang diberikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku penasihat Proton. Malah mereka menuntut supaya kualiti kereta jenama Proton dipertingkatkan, sekiranya mahu rakyat menyokong penuh kenderaan keluaran tempatan.

Iyela, kalau setakat kuantiti je yang semakin bertambah tapi kualitinya masih lagi di tahap yang menyedihkan buat apa. Sehingga rakyat pun sudah tidak lagi peduli dengan amaran dan desakan supaya menyokong kereta buatan nasional-Proton.

Seorang jurutera, Azrul Zulkifli, 34 melahirkan rasa meluat dengan segala alasan sampah yang diberikan Tun Mahathir. Tegasnya, Proton harus bersaing setaraf dengan pasaran antarabangsa. Kualiti kenderaan yang dikeluarkan harus memenuhi perspektif yang sepatutnya, jika mahu rakyat menyokong kenderaan buatan Malaysia.

Sebelum ini keluar satu dakwaan oleh Mahathir yang menyatakan Malaysia bakal menjadi sebuah negara yang gagal dan mundur, sekiranya rakyat tidak menyokong industri tempatan termasuklah Proton. Sampai paksa-paksa suruh beli kereta keluaran Proton, konon jika beli kereta asing bakal menguntungkan ekonomi negara luar.

“Pada saya, ugutan sedemikian tidak penting sebaliknya mereka (kerajaan) harus memikirkan apa yang kita perlu baiki dari segi produk, mahu pun kepimpinan negara kita sendiri. Kita kena kaji perkara ini dan bukan mencari salah pihak lain.

“Dia (Mahathir) kena tekan pihak yang mengeluarkan produk tersebut dari segi produktiviti. Kita tidak mahu menghasilkan kuantiti lebih dari kualiti,” kata Azrul.

Cuba korang fikitkan, kenapa Perodua okey je dan boleh diterima rakyat?? Sedangkan Perodua juga adalah jenama Malaysia. Berlainan dengan Proton yang banyak sangat aduan mengenai kualiti dan tahap ketahanan kenderaan tersebut.

“Kalau Proton tahu rakyat tak sokong kereta buatan mereka, maksudnya Proton perlu mempertingkatkan usaha mereka untuk mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti yang dapat mengubah persepsi rakyat terhadap kereta buatan Malaysia.

“Ini tidak, bila orang cakap kereta Proton sahaja orang akan cakap kereta biasa dan mudah rosak,” kata seorang kerani syarikat swasta, Megat Hafizul Azim Megat Zulkafli, 26 yang juga kecewa dengan kualiti Proton.

Macam mana rakyat nak sokong kalau kereta keluaran asing lebih murah dan berkualiti, sedangkan Proton sibuk nak naikkan harga tetapi kualitinya hampeh. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *