Rumah Kedai Hangus Terbakar Di Tikam Batu

Lima premis sederet berhampiran Balai Polis Tikam Batu, di sini, hangus dalam kebakaran, sebentar tadi.

Selain dua kedai tayar, kebakaran yang dilaporkan pada jam 8.25 malam itu turut memusnahkan sebuah sekolah memandu, bengkel motosikal dan kedai runcit.

Berdasarkan maklumat, keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat dan pihak bomba terpaksa melakukan semburan buih bagi memadam api dengan pantas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Punguasa Bomba Mohd Razmi Abd Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 malam dan menghantar dua jentara dari BBP Tikam Batu, dibantu tiga jentera bomba dan lori tangki air serta jentera EMRS dari BBP Sungai Petani, Alor Setar dan Yan.

“Pihak kami terpaksa meminta bantuan lori tangki air dari BBP Yan, berikutan pili bomba berdekatan tidak berfungsi.

“Kita terpaksa mengguna semburan buih bagi memadam kebakaran,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kejadian serta jumlah kerugian sedang disiasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *