Seorang Ibu HAMPIR Kehilangan Anak Dari Dimakan Oleh Ular Sawa

Korang pernah tengok cerita anaconda?? Seekor ular besar yang dapat menelan seorang manusia.. Itu lah yang terjadi pada seorang ibu, apabila terbangun dari tidur akibat dikejutkan jeritan anaknya kerana seekor ular sawa sedang menggigit kepala budak tu..

Seriauuu cek dengaq aiii! Ular muncul depan mata pun dah lari lintang pukang, ini kan pulak ular gigit kepala.. Tak dapat Miss nak menggambarkan macam perasaan budak tu masa kena gigit.. Ular sawa dan anaconda itu lebih kurang jer, cuma anaconda lebih besar lah..

Kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Macksville, Australia.. Selepas wanita itu yang dikenali sebagai Tammy melihat ular itu sedang gigit anaknya, Tyler, dengan pantas dia merentap ular sawa itu dari kepala anak dia..

Kecederaan yang dialami oleh Tyler bukan setakat di kepala jer, malah kena gigit di bahagian tangan dan beberapa kali di bahagian sebelah kiri kepala..

Agaknya ular sawa itu nak telan budak itu kot.. Bahayakan binatang berbahaya macam itu masuk ke dalam rumah?? Lagi bahaya kalau kita tak perasan ular tu dah ada kat dalam rumah kita.. Selak-selak dah ada bawah timbunan baju, bawah almari atau atas katil.. Itu sebab la kita kena pastikan rumah kita sentiasa di dalam keadaan kemas, ada binatang masuk baru senang nak nampak! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *