Achey Bocey Kena Maki Bawa Kereta Sambil Karaoke

Tak menjaga keselamatan betul la pelawak Achey Bocey ni, tahu la nak buat kerja ‘sambil menyelam minum air’, tapi tengok sama la.. Ini kat atas jalan raya pun Achey boleh duk nak melawak..
U’olls nak tahu tak, Achey ni boleh pulak berkaraoke sambil bawak kereta.. Karaoke sambil dengar lagu kat radio tu Miss A tak kisah.. Ini karaoke sambil dok berduet menggunakan aplikasi ‘Smule’.. U’olls semua dah tahu kan, pasal aplikasi yang kita boleh menyanyi sambil berduet dengan sesiapa saja kita nak..
Sambil karaoke tu dok mengadap telefon la, macam dok selfie dalam kereta.. Apa kejadahnya ko dok pegang telefon sambil drive bro?  Miss A tahu ada satu video seorang wanita dok karaoke tengah viral..
Sebab dia menyanyi karaoke tu ala-ala gedik sikit, so ramai yang dok berduet dengan wanita tu.. Achey pun tak mahu lepaskan peluang nak buat lawak, berduet dengan wanita tu.. Bawak kereta sambil tengok mesej pun kena saman..
Ini boleh pulak Achey drive sambil karaoke telefon kat tangan.. Banyak nyawa kat atas jalan raya tu bro, tak sayang diri sendiri pun fikir la keselamatan orang lain.. Kalau kemalangan mati lu sorang-sorang tak kisah dah, sebab kecuaian diri sendiri..
Mati melibatkan orang tak bersalah tu yang orang geram.. Kalau tengah drive tu mengantuk pun, berhenti la kat mana-mana dulu.. Ada pulak berkaraoke dalam kereta untuk hilangkan rasa  mengantuk.. Bahaya beb bawak kereta tangan dok pegang telefon, bodoh tu simpan sikit.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *