Bangkai Cicak ‘MENUMPANG’ Didalam Paket Milo

Patut lah rasa milo selama ini sedap sangat, rupanya ada ‘perisa’ tambahan dalam tu yer! Perisa tambahan yang menjijikan! Terbantut selera Miss nak milo lagi lepas ini.. Huhhuu.. Lebih menjijikan itu, binatang yang terperangkap dalam milo tu adalah cicak! Baik punya cicak tu terperangkap dalam milo tu, apa jadi rasanya pun tak tahu lah u’olls..

Agaknya ada rasa masam-masam sikit kot noh.. Huhuhu.. Rugi besar pelanggan malang tu beli milo tu yer, dah lah beli paket besar.. Korang pun tahu kan harga milo kecik pun dah mahal, apatah lagi yang besar.. Mesti lah lagi mahal! Angin satu badan juga lah kalau dapat barang yang tak berkualiti macam itu, bayar bukan pakai daun!

Dah beli, ada ‘benda’ menumpang pulak.. Tahu-tahu jer lah kalau cicak dah mati, bau bangkainya tu busuk sangat.. Betul tak?? Kalau dah terperangkap dalam bekas yang tertutup macam itu, mesti lah dah ada bau semacam punya! Buka bekas plastik tu, ‘harum’ semerbak jer keluar.. Kesian pelanggan yang teraniaya macam tu!

Bagi pihak yang mengeluarkan produk macam itu, diorang patut lebih mementingkan dan menjaga kualiti sesuatu produk yang dikeluarkan.., terutama makanan yang dipaketkan.. Kebersihan dan bahan yang digunakan, pastikan selamat untuk dimakan dan terhindar dari benda kotor.. Jangan menganiaya pengguna dengan kecuaian korang!

Kalau perkara macam ini berterusan, jangan salahkan pengguna kalau dorang dah tak setia dengan produk korang lagi.. Dorang ada hak untuk memilih yang terbaik! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *