DS Najib tinggikan syiar Islam di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bakal mengangkat tinggi dan menaik taraf syiar Islam di Malaysia. Selaras dengan negara Islam semenjak Malaysia ditubuhkan, tersangat wajar sekiranya dalam usaha DS Najib menjulang tinggi membangunkan syiar Islam di negara ini diberi pujian.

Oleh yang demikian, DS Najib dalam ucapannya memberitahu bahawa Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merangka untuk melancarkan satu dasar yang dinamakan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

Tujuan utama penubuhan dasar tersebut adalah bagi memberi ruang selebar-lebarnya kepada madrasah-madrasah tahfiz yang ada dalam negara ini. Selain itu, penubuhannya juga bertujuan bagi mengembangkan ilmu-ilmu syiar Islam dalam negara malah bagi menaikkan ‘darjat’ maahad-maahad tahfiz di Malaysia.

“Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia melalui Jakim sedang merangka untuk melancarkan apa yang kita nak namakan sebagai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara atau pun (DPTN).

“Matlamat ini ialah supaya kita menyediakan ruang yang seluas-luasnya kepada madrasah-madrasah tahfiz yang ada di dalam negara kita, mengembangkan pengajian di maahad-maahad tahfiz.” katanya ketika Berucap bagi merasmikan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quraan Kebangsaan.

Tambah DS Najib, beliau mahu madrasah-madrasah tahfiz diseluruh negara turut menyumbang cadangan-cadangan serta pendapat dalam usaha mereka untuk membangunkan pembentukan dasar tahfiz di negara ini.

Ini bertujuan bagi memenuhi segala kehendak dan membaiki kekurangan kepada asas pembentukan dasar tersebut. Beliau juga menyebut bahawa cadangan daripada madrasah perlu diguna pakai supaya ia tidak menjadi dasar kepada kerajaan sahaja.

“Saya mahu supaya pandangan dan cadangan kepada pembentukan dasar pendidikan tahfiz negara ini, kita ambil pandangan dan cadangan daripada madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negara,

“Pandangan-pandangan mereka kita guna pakai menjadi asas pada pembentukan dasar ini supaya dasar ini bukan dasar kerajaan sahaja, tapi dasar ini lahirnya dari kehendak-kehendak yang timbul daripada pandangan cadangan madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negara, Insyaallah.” Ujarnya lagi.

Adalah sangat wajar tindakan DS Najib ini dalam usahanya untuk menaikkan nama madrasah-madrasah tahfiz di seluruh negeri. Ini berikutan kehadiran mereka sedikit dipinggirkan dan kurang mendapat bantuan dalam usaha membangunkan syiar Islam di Malaysia. Usaha yang ditunjukkan DS Najib wajar dicontohi.-TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *