Fahmi Reza Ajar Rakyat Malaysia Kurang Ajar Di Perth

Aktivis Fahmi Reza telah mendedahkan penemuan lakaran grafiti wajah badut Datuk Seri Najib Razak di dinding bangunan Malaysia Hall di Perth, Australia. Tidak serik dengan tindakan yang diambil terhadapnya sebelum ini, Fahmi bertindak mengajak rakyat Malaysia yang berada disana menggiatkan lagi perbuatan tersebut.

“Aku jumpa gambar ni di Twitter, yang menunjukkan bangunan Malaysia Hall bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Perth, Australia telah digrafiti dengan wajah muka badut Najib Razak (Perdana Menteri) sebagai tanda protes,” katanya.

Fahmi bertindak mendedahkan gambar foto grafiti yang memaparkan Perdana Menteri bermuka badut di bangunan berkenaan, melalui akaun facebook milik peribadinya. Lebih membanggakan dirinya, Fahmi mengajak lebih ramai rakyat Malaysia yang berada di Australia untuk memuatnaik lebih banyak foto grafiti wajah badut Perdana Menteri yang dilukis di negara itu melalui laman sosial masing-masing.

Tegas Fahmi, rakyat Malaysia kononnya melakukan protes di Australia, ekoran suara demokrasi rakyat di Malaysia terbatas dan terhad. Malah turut mendakwa bahawa rakyat ditindas dengan zalimnya oleh kerajaan.

Apabila mereka menunjukkan keberanian untuk ‘bersuara’ tetapi lain pula jadinya. Rakyat yang ‘tidak bersalah’ dan menegur kerajaan pula akan disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Sangat mudah untuk kita melabel anak-anak muda yang bertindak menyembur political grafiti ini sebagai “vandals” dan “troublemakers”, tapi pernahkah kita cuba fahami kenapa mereka mengambil tindakan sedemikian rupa untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka?

“Bila suara-suara protes melalui “saluran-saluran yang betul” tidak didengari, malah disekat, bila warganya yang berani bersuara melalui saluran-saluran ini ditindas, disiasat dan dikenakan tindakan oleh penguasa yang melindungi koruptor, maka anak-anak muda akan mencipta saluran-saluran mereka sendiri untuk menyampaikan mesej mereka kepada penguasa,” katanya.

Mungkin mamat ni rasa bangga sebab lukisan hasil ilhamnya tersebar di merata tempat dan dijadikan medan untuk menjatuhkan air muka Najib. Sememangnya itu yang dimahukan Fahmi Reza, sebab tu dia sokong tindakan tersebut. Bodoh punya orang..  – TiraGomez/UtaraNews.com

4 thoughts on “Fahmi Reza Ajar Rakyat Malaysia Kurang Ajar Di Perth

  • 17/03/2016 at 12:32 am
    Permalink

    Moga kerajaan Malaysia tlg ajar barua DAPigs sekor ni supaya jadi teladan pada bangsat-bangsat Melayu lain.

    Reply
    • 17/03/2016 at 9:17 am
      Permalink

      barua dap haha lu tau itu apa anjing..lu pertahankan lu punya tuan tp xde hasil

      Reply
  • 17/03/2016 at 11:25 am
    Permalink

    Ade plak manusia yg mcm ni.. huru hara malaysia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *