Gaduh Di Majlis Perkahwinan : Pihak Pengantin Perempuan Cuba Tegakkan Kebenaran??

Selepas video dan cerita pasal wang hantaran tak cukup menjadi viral dan menjadi punca perkahwinan pasangan dari Pantai Dalam dibatalkan, salah seorang daripada saudara pihak pengantin perempuan tampil mempertahankan ‘maruah’ dorang.. Malu lah tu, perkara tu dah jadi bahan bualan orang ramai sekarang ni, memang netizen kebanyakkannya mengkritik pihak perempuan lah..

Berdasarkan cerita yang diceritakan oleh saudara pihak pengantin perempuan yang dikenali Wanie Azwani, dia mengatakan pergaduhan tu tercetus bukan isu mengenai wang hantaran tidak cukup tapi gara-gara pihak pengantin lelaki bercakap kurang ajar selepas ditanyakan pasal duit hantaran yang selebihnya.. Ek’eleh! Sama lah tu, isunya pasal duit hantaran juga!

Kalau nak diikutkan pasal cerita ni, pihak pengantin perempuan tu mata duitan sangat.. Dah lah minta wang hantaran tinggi, lepas tu masa akad nikah pun asyik dok tanya pasal duit jer.. Pengantin lelaki tu pun dah janji nak bayar selebihnya selepas akad nikah, sabar jer lah.. Tak perlulah nak mendesak sampai tak membenarkan akad nikad diteruskan selagi tak jelaskan kesemua duit hantaran tu!

Mana tak bengang pihak pengantin lelaki, duit jer yang ditanya! Lagi satu, pihak pengantin lelaki tu tak akan bengang dan pergaduhan yang memalukan itu tak akan berlaku kalau pihak pengantin perempuan tak mendesak pengantin lelaki, betul tak?? – MissHana/Utaranews.com

One thought on “Gaduh Di Majlis Perkahwinan : Pihak Pengantin Perempuan Cuba Tegakkan Kebenaran??

  • March 29, 2016 at 5:00 am
    Permalink

    Jangan2 lepas kahwin nanti, mintak Istana kot kat suami. Kikikih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *