Guan Eng Perlu Lepaskan Jawatan Ketua Menteri Dengan Segera.

Rakyat kini memerhati dengan teliti tindakan dan juga perilaku pemimpin-pemimpin DAP khususnya Guan Eng didalam isu panas Skandal Banglo Mewah di Jalan Pinhorn.

Rakyat keseluruhannya kini juga telah melihat sendiri betapa “munafiknya” Ketua Menteri P.Pinang yang sebelum ini berlakon suci demi mencari undi orang melayu/Islam bagi menjajah negeri ini

Sebelum ini, Guan Eng mendesak Perdana Menteri DS Najib Razak agar meletakkan jawatan dan juga bercuti apabila fitnah mengenai 1MDB dicanang ke seluruh negara. Ketika itu juga, seluruh kepimpinan DAP termasuk Kit Siang begitu lantang mahu Najib berundur diatas alasan menjaga integriti.

Tak kurang hebatnya apabila BEKAS ahli UMNO iaitu Tun Mahathir juga mendesak Najib meletakkan jawatan kononnya bagi memudahkan siasatan dilakukan keatas fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Tapi kini, Guan Eng sendiri lupa apa yang dikatakannya dahulu. Bila agaknya Guan Eng mahu meletakkan jawatan dan bercuti untuk memberi ruang siasatan mengenai banglo mewah yang dibeli dengan harga sangat murah itu dijalankan?

Bila pulak Mahathir serta para balacinya mahu bersuara mendesak agar Guan Eng meletakkan jawatan diatas dasar menjaga integriti?? Takkan Mahathir sudah jadi bisu dan tuli hanya kerana mahu menjaga hati ‘sleeping partner’nya iaitu Kit Siang?

Skandal pembelian banglo mewah oleh Guan Eng merupakan isu yang sangat besar kerana ia melibatkan RASUAH serta penyalahgunaan kuasa oleh penjawat awam. Kes ini juga amat berat kerana ia melibatkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir harta negeri.

Maka Guan Eng WAJIB meletakkan jawatan dan PERLU disumbatkan kedalam penjara jika disabitkan bersalah. Rakyat mahu seorang pemimpin yang menjaga rakyat negeri, bukannya pemimpin yang mengaut segala keuntungan untuk kepentingan peribadi.

Rakyat P.Pinang tak kira bangsa kini mahukan kebenaran ditegakkan didalam isu penyelewengan oleh Guan Eng ini. Seperti Khir Toyo, pemimpin yang didapati bersalah perlu dikenakan hukuman yang setimpal. Guan Eng harus bertanggung jawab diatas segala penyelewengan yang dibuat! Guan Eng mesti bertaubat!! – Big B/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *