Guan Eng Seorang Akauntan Yang Sangat Mahir Dengan Angka

Sebut saja nama maharaja Lim Guan Eng…, tak kenal memang tak sah laa… Maharaja Guan Eng merupakan seorang akauntan yang berjaya, dan sangat mahir dengan angka-angka kot..

Kalau si kaki tikam nombor ekor nak beli nombor.., tak payah susah-susah nak pergi jumpa bomoh bertapa dalam hutan belantara bagai… Nak nombor je mintak laa dengan Guan Eng… Kompom ‘first price’ punya… Hahaha.

Tengok sajalah betapa hebatnya akauntan dinasti Lim ni… Nak buat rumah kos rendah letak harga macam harga mampu tengok… Tapi bila dia beli rumah.., perghhh…. Memang murah gila beb!!

Rumah yang dibeli dengan harga murah tu da macam istana… Cuma takda ‘swimming pool’ je… Kata Guan Eng rumah tu murah sebab tak ada kolam… Kalau ada kolam, harga rumah tak dapat banyak tu… Lagi mahal katanya.

Betul jugak apa yang dikatakan Guan Eng… Kalau rumah ada kolam memang mahal harganya… Tapi macam mana pulak dengan rumah kos rendah yang dijual dengan harga mahal?? Mungkin rumah kos rendah, mahal sebab ada ‘kolam’… Bersangka baik katakan.

Tu pasal harga rumah… Pasal harga kereta pun Guan Eng cukup mahir… Tak tau laa macam mana akauntan dinasti Lim ni kira harga kereta… Beli kereta pun dapat harga murah… Murah separuh harga pasaran… Gila ‘kaw’ akauntan dinasti Lim ni!!

Disebabkan Guan Eng begitu mahir dan handal dengan angka-angka ni… Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid turut menggelar Guan Eng sebagai akauntan yang mahir mengenai angka.

“Lim Guan Eng itu bukan orang kampung yang tak berpelajaran. Dia akauntan yang sangat mahir dengan angka. Jadi untuk mengatakan bahawa Guan Eng tidak mengetahui rumah yang dibeli dibawah harga pasaran adalah tidak masuk akal,” kata Jahara. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *