Guan Eng Tidak Perlu Mengambil Cuti – Tony Pua

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang diasak supaya mengambil cuti dan menyerahkan tugasnya kepada orang lain bagi memberi laluan siasatan dilakukan, tidak direstui DAP.

Menurut Ketua Publisiti DAP Tony Pua, desakan supaya Guan Eng mengambil cuti kononnya bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lancar, adalah satu desakan yang tidak berasas dan tidak masuk akal.

Jelas Pua, desakan itu tidak berasas dan tidak masuk akal memandangkan setiap kali seseorang pemimpin terpalit dengan skandal, pemimpin itu terpaksa mengambil cuti.

Amboi Pua… Bukan main pandai lagi berkata-kata… Masa kena dekat pemimpin kerajaan, korang bukan main mendesak lagi pemimpin kerajaan supaya mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dilakukan kononnya dengan telus.

Bila kena kat ‘geng’ sendiri… Pandai pula nak kata itu ini… Tak berasas laa, tak masuk dek akal laa… Kenapa tak desak kawan tu, macam korang desak pemimpin kerajaan?? Kenapa??

Pua dalam masa sama menjelaskan bahawa, Guan Eng tidak perlu bercuti berbanding pemimpin kerajaan kerana terdapat perbezaan yang ketara pada kedudukan kedu-dua pemimpin.

Jelas Pua, Guan Eng hanya memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan tidak mempengaruhi hasil siasatan, manakala pemimpin kerajaan pula memegang jawatan sebagai pemimpin nombor 1 negara, dan memegang jawatan Menteri Kewangan yang jelas mempengaruhi siasatan.

“Selain daripada memegang jawatan Perdana Menteri, Najib juga merupakan Menteri Kewangan, justeru berada pada kedudukan yang boleh mempengaruhi hasil siasatan. Lantaran itu kita seru beliau supaya bercuti semasa siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Ooo… macam tu ke Pua?? Nampak sangat Pua nak kata SPRM ni lakukan siasatan tidak telus kalau Najib tak ambil cuti ketika siasatan dilakukan… Macam-macam karenah pemimpin pembangkang ni. – AndyBolat/Utaranews.com

One thought on “Guan Eng Tidak Perlu Mengambil Cuti – Tony Pua

  • March 23, 2016 at 2:40 am
    Permalink

    Jika tak mau cuti tolong bagi dia makan ubat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *