Harith Iskander Perli Perhimpunan Pemandu Teksi Mogok Di Bukit Bintang

Pernah dengar pasal perkhidmatan Uber dan Grab Car? Sebabkan perkhidmatan Uber dan Grab Car ini katanya banyak pemandu-pemandu teksi yang dah menanggung rugi, perkhidmatan ini kononnnya dok curi pelanggan pemandu teksi.. Sebelum ini, Miss A ada dengar kat luar negara pemandu teksi buat mogok pasal perkara ini..

Tak sangka perkara ini boleh berlaku kat Malaysia juga.. Sekumpulan pemandu teksi hari ini telah berkumpul di Bukit Bintang sebab nak bantah perkhidmatan itu.. Dorang buat protes beramai-ramai kat Jalan Bukit Bintang, berdekatan pusat membeli-belah Pavilion.. U’olls semua yang pernah pergi sana, mesti dah tahu macam mana sesaknya jalan raya kat situ..

Dorang dah buat mogok kat tempat sesak macam itu, maka bertambah-tambah la sesaknya tempat itu.. Banyak kereta yang tersekat di tengah jalan sebab mogok dorang ini.. Nampaknya salah seorang artis tempatan terpanggil nak memberi kenyataan kerana hal ini..

Mungkin dia pun tersangkut akibat kesesakan lalu lintas kat sana kot.. Hahaha.. Pelawak Harith Iskandar sempat memuatnaik status sinis pada pemandu-pemandu teksi yang buat protes kat Bukit Bintang tu..

Harith sifatkan tindakan pemandu itu langsung tak membantu dan suatu perbuatan yang merugikan.. Dari sibuk-sibuk duk buat protes yang langsung tak bagi modal kat diri sendiri.. Lebih baik cari pelanggan yang nak gunakan perkhidmatan teksi dorang ini..

Rezeki ada di mana-mana, tak perlu nak salahkan perkhidmatan itu.. U’olls ingat semua orang tahu ke dengan kewujudan perkhidmatan teksi Uber dan Grab Car tu? Ramai lagi Miss A rasa yang gunakan perkhidmatan teksi biasa.. Diri sendiri yang malas cari pelanggan, nak marah orang lain.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *