Kepakaran Malaysia Dikongsi Bersama Dunia Di Bumi Dubai


Malaysia diberi peluang berkongsi kepakaran dan kejayaan pada Forum Pendidikan dan Kemahiran Global di Atlantis The Palm, di sini, hari ini dan esok.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mewakili Malaysia akan menjadi ahli panel sesi diskusi mengenai ‘Topik perubahan naratif dalam krisis pembelajaran peringkat global’.
Dalam pada itu, Mahdzir akan berucap pada sesi Anugerah Guru Global sempena forum itu, esok.
Dua guru dari negara kita iaitu Vanesri Kasi dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Khalidi, Muar, Johor; dan Noorjahan Sultan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama, Kuantan, Pahang berada dalam kelompok 50 nama disenarai pendek sebagai penerima.
Selain, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), selaku tuan rumah, Forum Pendidikan dan Kemahiran Global turut disertai antaranya Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Finland, Jepun dan India.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *