Kerajaan Komited Membasmi Kemiskinan Dan Kebuluran

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Persidangan Serantau ke-33 bagi Asia dan Pasifik Pertubuhan Makanan dan Pertanian, memaklumkan rakyat komited untuk membasmi kemiskinan dan kebuluran di rantau ini.

Dalam masa sama, Zahid turut menasihati rakyat dinegara ini supaya berjimat dan tidak membazirkan makanan, memandangkan hasil kajian yang dilakukan selama ini menunjukkan sisa makanan di negara ini semakin bertambah.

Memang benar apa yang dikatakan Zahid mengenai penanda aras mengenai sisa makanan… Jika dilihat pada hari ini, rakyat negara yang kononnya tersempit dengan kos sara hidup tinggi masih tidak mengamalkan sikap berjimat dan sering mengamalkan pembaziran dalam kehidupan mereka.

Pembaziran yang sering dilakukan rakyat di negara ini ialah pembaziran dari segi makanan… Sekiranya mereka membeli makanan, pasti makanan terbabit hanya dimamah sedikit dan saki baki makanan tersebut akan dimasukkan ke dalam tong sampah.

Oleh itu, Zahid Hamidi menasihati rakyat di negara ini supaya tidak membazir makanan, dengan menceritakan bagaimana rakyat di luar negara yang mati kebuluran untuk mendapatkan sedikit makanan, khususnya negara yang sedang berperang.

“Kami telah melihat terlalu banyak kes di mana apabila negara yang runtuh (perang), makanan tidak mudah tersedia kerana keselamatan negara yang tinggi,” kata Zahid.

Dalam persidangan tersebut, Zahid turut melancarkan kempen ‘MySaveFood’ sebagai satu inisiatif global untuk mengurangkan sisa makanan. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *