Lelaki Seiras Arwah Pak Yus Jambu Menarik Perhatian Netizen


Memang Miss A selalu dengar orang cakap kat dunia ni ada tujuh orang muka yang seiras dengan kita.. Sama ada kita pernah jumpa atau tak pernah jumpa jerr, buat yang masih hidup kalau dapat jumpa muka seiras dengan kita.., itu adalah perkara yang agak melucukan dan mengejutkan..

Tapi, kalau u’olls jumpa ada orang tak dikenali muka seiras dengan kawan u’olls yang dah meninggal dunia, u’olls mesti rasa rindu sangat kan kat arwah? Pasti terbit perasaan gembira dapat jumpa orang yang ‘seiras’ arwah kan?

Dulu u’olls pernah dengar kisah seorang anak kecil yang rindukan arwah ayahnya.. Acong Sweetchild yang wajahnya seiras arwah bapanya, membuatkan kanak-kanak berusia 2 tahun tersebut nak jumpa penyanyi itu secara berdepan untuk melepaskan rindu pada arwah bapanya..

Terkini, viral pula wajah suami seorang wanita yang menggunakan nama Facebook Siti Sharifah yang seiras arwah pelawak Pak Yus.. Bila Miss A amati wajah itu, memang seiras sangat dengan wajah arwah..

Baru sahaja berlalu hari lahir arwah pada 15 Mac lalu, kali ini tersebar pulak wajah lelaki yang ‘seiras’ wajah arwah Pak Yus.. Banyak betul tanda yang diberi untuk kita untuk sentiasa mengingati arwah..

Kalau tengok banyak kali, Miss A rasa dah macam kembar Pak Yus dah.. Apapun, semoga gambar ini dapat mengubat rindu semua peminat dan ahli keluarga arwah di luar sana.. Sesungguhnya arwah kini tenang di sana.. Al-fatihah.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *