Mahathir dan penyokongnya sedang membatalkan Syahadah.

Salam untuk semua..

Didalam Islam, terdapat satu perkara yang dipandang mudah berkenaan perkara-perkara yang membatalkan syahadah iaitu didalam hal membantu orang kafir memusuhi Islam.

Apa yang dimaksudkan dengan membatalkan syahadah? Ianya bermaksud sesiapa diantara umat Islam yang melakukan perkara sedemikian, kemungkinan besar individu terbabit murtad serta keluar dari Islam.

Perbuatan membantu golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam, atau membantu mereka memusuhi umat islam juga adalah sangat dilarang didalam agama sehingga ia dianggap sebagai mampu membatalkan syahadah.

Kriteria tersebut termasuklah berpakat dengan golongan kuffar agar dapat merampas kuasa pemerintahan yang diterajui oleh pemimpin Islam serta berkerjasama dengan kaum kafir yang jelas mahu meruntuhkan sesebuah negara yang umat Islam menjadi ketuanya.

Didalam kitab Allah telah berfirman maksudnya..

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu. Sebagian mereka adalah pemimpin bagi yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (QS. Al Ma-idah : 51)

Didalam pergolakan politik hari ini, nampaknya ramai umat Islam yang terlepas pandang mengenai perkara yang membatalkan syahadah ini. Mereka lebih sanggup bersekongkol dengan kafir serta sanggup membiarkan golongan kuffar melaksanakan agenda untuk memusnahkan negara demi kuasa politik.

Apakah mereka-mereka ini lupa tentang tuntutan agama dan juga perkara yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW? Ataupun mereka-mereka ini rela hampir kepada murtad semata-mata kepuasan nafsu yang berpaksikan agenda peribadi?

Dalam konteks politik Malaysia yang semakin celaru hari ini, kita menyaksikan bagaimana Mahathir bersama ramai umat Islam yang menyokongnya kini berkubang bersama golongan kafir DAP didalam kolam selut yang hanyir serta menjijikkan.

Apakah Mahathir serta mereka-mereka yang tak menerima Qada/Qadar Allah ini sangat terdesak sehingga terpaksa memilih jalan yang dibenci Allah? Mengapa Mahathir serta para pemujanya memilih untuk bersekongkol dengan kafir sedangkan berserah kepada Tuhan itu lebih baik untuk dilakukan?

Mahathir kini bersepakat dengan kumpulan kafir laknatullah DAP demi merebut kuasa pentadbiran dari orang Islam yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir Malaysia. Mahathir lupa bahawa semua percaturan mahupun perancangan telah diatur oleh Allah dengan sempurna. Dan Mahathir langsung tak layak mencabar apa yang telah ditentukan olehNya.

Jika Mahathir serta para penyokongnya mahu “membatalkan syahadah” masing-masing demi perjuangan mereka untuk merebut kuasa politik dari Ulul Amri di Malaysia, ia adalah hak masing-masing. Tetapi harus diingat bahawa Tuhan tak pernah redha dan menyebelahi pihak yang engkar.

Kita cuma berdoa agar satu hari nanti Mahathir serta pemuja beliau diberi kesempatan untuk memperbaharui semula syahadah yang mungkin mereka rosakkan demi kesepakatan dengan golongan kafir. Dan kita berdoa agar tiada lagi umat Islam selepas ini yang menuruti jejak sumbang Mahathir dan para pentaksubnya.

Fahamilah bahawa golongan kafir tak akan senang dengan umat Islam serta berterusan memusuhi umat Muhammad SAW sehingga tertegaknya kalimat Allah di seluruh dunia. Wallahualam.. – Che Wan/Utaranews.com

One thought on “Mahathir dan penyokongnya sedang membatalkan Syahadah.

  • 20/03/2016 at 3:56 am
    Permalink

    sekali lagi diperkatakan..sejarah berulang kembali..berdoalah agar kita tidak dijajah kembali…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *