Model Piring Terbang Di Muzium UFO Telah Dicuri


Muzium UFO ini adalah satu tarikan pengunjung yang paling popular di Roswell, New Mexico.
Beberapa model piring terbang, aliens, humanoids dan beberapa gambar orang yang pernah menjadi mangsa  culik  makhluk UFO turut dipamerkan di muzium ini..
Baru-baru ini, piring terbang yang dipamerkan diluar muzium yang dilekatkan di dinding pintu masuk muzium tersebut, telah dicuri oleh tiga orang lelaki.
“Kami sedih, kerana ianya baru saja diperbaiki kerana rosak teruk akibat ribut, namun ianya sekarang telah dicuri, memang sukar untuk mencipta piring terbang yang sama model seperti yang dicuri” ujar pengarah muzium, Karen Jarmaillio.
Ia masih tidak jelas siapakah dalang disebalik kecurian itu, dan untuk tujuan apa mereka mencuri piring terbang tersebut..
Dari sudut positif, muzium itu merancang untuk menggantikan piring terbang yang terbaru untuk kedai itu dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *