Muhyiddin Bakal Jadi Gabenor Penang Kerana Jasa Mahathir??

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ni kalau boleh bercakap, tingginya kalah menara berkembar KLCC, kalau hendak dibandingkan dengan Burj Khalifa di Dubai.., lagi tinggi ego dan sikap bongkak Muhyiddin. Sebab itu la dia dikenakan tindakan diatas sikapnya yang sombong dan terlalu lantang bersuara tu.

Malam semalam Muhyiddin sempat membuat satu pengakuan mengejut dalam ucapannya di Dewan Orang Ramai Dewan Kg Sungai Ampat. Punya la hebat Muhyiddin ni sampai ada ‘orang’ tawarkan jawatan sebagai Gabenor Pulau Pinang. Perhhhhhh, Gabenor kot! Mungkin sebab jasa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kot sebab tu dia dapat tawaran tu. Kira makan kot atas la.

“Saya dapat membayangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan saya, melutut dan sembah. Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya bodoh dan tidak menerima tawaran ini. Ada orang berpendapat, saya patut ambil RM1 billion dan duduk diam,” katanya.

Bangga betul mukanya ketika memberitahu perkara tersebut di hadapan para penyokongnya. Persoalannya, siapakah yang menawarkan jawatan tersebut?? Sejak-sejak Muhyiddin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan digantung jawatan Timbalan Presiden Umno, dia ditawarkan dengan pelbagai jawatan ‘hebat’.

Mungkin jawatan Gabenor Pulau Pinang itu ditawarkan sendiri oleh Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Sebabnya Perdana Menteri tiada kuasa untuk lakukan tawaran berkenaan, dan hanya Kerajaan Negeri sahaja yang ada bidang kuasa dalam membuat cadangan dan perlantikan Gabenor.

Mungkin juga semua ini rezeki yang diperolehi disebabkan sering makan dedak Mahathir. Pengorbanannya terbalas sebab sentiasa menurut perintah dari pemimpin negara selama 22 tahun itu.

Tawaran jawatan Gabenor Pulau Pinang itu juga mungkin atas jasa Mahathir yang sudi untuk bekerjasama dengan DAP, dan puak pembangkang yang lain dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Hadiah la orang kata, tapi hairan pula kenapa Muhyiddin tidak terima tawaran tu??

Kalau dia terima mesti dia rasa lagi hebat kan.. Iyela, berada dalam golongan Ahli Majlis Raja-Raja. Giler tak hebat, tak rugi la Muhyiddin dok ikut cakap Mahathir selama ni.. Dapat jugak habuan dia, tapi sayangnya rezeki ditolak. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *