Muhyiddin Telah Malukan Tun Mahathir!!

Tan Sri Muhyiddin yang meminta tempoh sehingga hari ini untuk menyatakan pendiriannya sama ada mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno atau tidak, telah memutuskan untuk terus kekal bersama Umno.

Perkara itu diputuskan oleh Muhyiddin dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi… Sidang media tersebut turut dihadiri bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak sama sekali akan mengikut jejak Mahathir keluar parti kerana dirinya merupakan Umno ‘totok’, dan beliau tidak pernah sama sekali membangkitkan isu untuk keluar atau masuk Umno.

“Saya terus kekal dalam Umno,” kata Muhyiddin yang disambut dengan tepukan oleh penyokongnya.

Agak mengejutkan keputusan Muhyiddin untuk terus mengekalkan diri di dalam Umno, kerana ramai menyangkakan beliau akan mengikut jejak Mahahthir untuk keluar Umno…. Malangnya, Muhyiddin memilih untuk terus berjuang bersama Umno.

Dengan keputusan Muhyiddin untuk terus kekal di dalam Umno ini, pasti membuatkan Mahathir berasa malu yang teramat… Mau tak malu, anak buah kesayangan sanggup menderhaka kepada ayahanda sendiri. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *