Nasib Muhyiddin Dan Mukhriz Kini Seperti Telur Di Hujung Tanduk

Tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyertai Kongres Rakyat 2016 bersama pemimpin pembangkang akan dibawa kedalam Mesyuarat Majlis tertinggi (MT) Umno akan datang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini memangku jawatan Timbalan Presiden Umno menggantikan Muhyiddin yang digantung jawatannya.

Menurut Zahid, nasib Muhyiddin dan Mukhriz akan ditentukan dalam MT Umno akan datang kerana mengingkari arahan parti untuk tidak bersama-sama pemimpin pembangkang dalam Kongres Rakyat 2016.

“Kami akan membincangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang,” kata Zahid.

Akar umbi amat berharap mesyuarat MT kali ini dapat memutuskan keputusan yang tepat, berhubung tindakan Muhyiddin dan Mukhriz yang kini semakin melampau.

MT perlu membuat keputusan yang tepat dengan memecat sahaja 2 makhluk ini daripada Umno, kerana mereka tidak lagi dapat bertolak ansur bersama parti apabila sering kali bersama pemimpin pembangkang.

Jadi, Umno tak perlu lagi nak menyimpan ‘makhluk-makhluk’ ini didalam parti, kerana mereka ini ibarat duri dalam daging yang merosakkan parti!! – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *