Pemimpin PAN Paling Layak Jadi Perdana Menteri

Kelakar betul laa bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim ni… Boleh pula beliau bagi calon Perdana Menteri untuk gantikan Datuk Seri Najib Razak dari pemimpin Parti Amanah Negara (PAN).

Dah takda calon lain ke nak digantikan dengan Najib??? Sampai boleh petik pemimpin PAN… Dah tu, tak mau sebut pulak siapa pemimpin PAN yang layak jadi Perdana Menteri tu.

Zaid yang ditanya pemberita mengenai siapa calon pelapis yang paling layak menggantikan Najib, memaklumkan pemimpin dalam PAN adalah calon pelapis yang paling layak menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.

“Orang-orang dari Amanah pun boleh menjadi Perdana Menteri menggantikan Najib… Banyak pemimpin dalam Amanah yang layak,” kata Zaid.

Walaupun Zaid tak sebut nama pemimpin PAN tu… Andy percaya pemimpin tersebut sudah pasti menjadi Presiden parti serpihan tu, Mohamad Sabu… Takkan Zaid nak calonkan Naib Presiden PAN atau Setiauasa PAN untuk dijadikan Perdana Menteri… Betul tak??

Dengan kenyataan Zaid mengenai calon dari parti PAN ini, tak syak lagi Zaid telah menghidap penyakit ‘nyanyuk’ tahap 4 yang dibawa oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semua orang pun tahu pemimpin PAN ni macam mana… Boleh pula Zaid pi cadangkan pemimpin-pemimpin PAN, untuk diangkat sebagai Perdana Menteri… Kalau nak cadangkan calon tu… Biarlah cari yang berjenis sikit… Ni bagi yang jenis gila kuasa… Zaid nak negara jadi lingkup ke apa??? – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *