Peminat Mengharapkan Cinta Awie Dan Erra Kembali Bertaut

Masih ingatkah u’olls semua dengan kenangan percintaan di zaman muda remaja pelakon Erra Fazira dengan penyanyi Awie? Waktu dulu-dulu, kisah percintaan dua pasangan ini memang mendapat perhatian dari media..

Tapi, kisah cinta dorang ni terputus di tengah jalan dan masing-masing dah pun berumahtangga dengan pasangan masing-masing dan mempunyai anak sendiri.. Tapi, hasil perkahwinan pasangan ini pun nampaknya tak berpanjangan.. Erra dan pegang status janda dan Awie pun dah pegang status duda..

Terkini, disebabkan masing-masing masih lagi single mingle.. Pasangan ini bakal buat satu filem untuk mengimbau kembali kisah percintaan dorang di zaman muda remaja.. Mesti kisah cinta mereka yang difilemkan ini, akan dapat sambutan hebat..

Disebabkan bahang filem itu, ramai peminat dua pasangan ini mengharapkan dorang ini betul-betul kembali bercinta bersama.. Bercinta sehingga ke jinjang pelamin tau u’olls, bukan cinta monyet ja..

Ramai peminat yang harap dua pasangan ini akan dapat disatukan dalam ikatan yang sah.. Miss A rasa kalau dua pasangan ini kembali bercinta pun tak salah kan? Dapat la anak pasangan ini merasai kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu baru.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *