PKR Tunjuk Kebodohan Mengenai Etika Kewartawanan


Kesian betul Andy tengok PKR ni… Nak tunjuk diri tu pandai, tapi hakikatnya bodoh serupa lembu… Boleh pula PKR nak salahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas penahanan 2 wartawan Australia di Sarawak.
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, penahanan 2 wartawan dari Austaralia yang mahu bertanya soalan kepada Najib itu sebagai cubaan menyekat dan menakut-nakutkan petugas media.
Tambahnya, PKR mengecam penahanan 2 wartawan Australia terbabit dan menggesa pentadbiran Najib memberi kebebasan bersuara dan kebebasan media.
“Saya mengecam penangkapan ini yang jelas merupakan satu usaha menakut-nakutkan petugas media. Ini merupakan serangan hebat ke atas kebebasan media dan kebebasan bersuara, dan merupakan sebahagian daripada siri tindakan termasuk halangan akses ke laman Sarawak Report dan The Malaysian Insider,” kata Fahmi.
Untuk makluman PKR, penahanan 2 wartawan Australia itu bukan disebabkan Najib bertindak menyekat hak kebebasan media dan kebebasan bersuara, sebaliknya penahan itu disebabkan 2 wartawan terbabit telah melanggar arahan polis.
Bukan itu saja… Wartawan terbabit juga telah melanggar etika kewartawanan….Wartawan terbabit boleh saja bertanya sesuatu kepada Najib, tetapi jangan sampai menghalang tugas seorang pemimpin itu… Takkan itupun PKR tak tahu??
Kalau PKR tak tahu, jangan cuba berlagak pandai… Soal siasat dahulu kenapa polis menahan 2 wartawan tersebut… Jangan main serbu je. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *