Presiden GKCM Bangga Apabila Dipecat Dari UMNO

Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (KGCM), Kamarul Azman Habibur Rahman dilihat sedikit pun tidak terkesan malah tidak menghiraukan nasibnya yang dipecat sebagai ahli UMNO. Khabar berita dirinya dipecat tersebar dikalangan ahli UMNO, secara rasminya Kamarul dipecat sejak hari Jumaat yang lalu.

Ketua UMNO Cawangan Telok Kemang, Negeri Sembilan itu dilihat seperti merasa bangga apabila dirinya dipecat. Langsung tidak menyesal, malah berasa megah dengan keputusan yang dia dibuang daripada parti Melayu UMNO.

Menurut Kamarul, dia hanya menerima surat yang memaklumkan mengenai pemecatannya daripada ‘orang yang paling berkuasa’ dalam UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Saya menerima surat daripada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor pada Jumaat lalu memaklumkan penyingkiran saya.

“Biar saya beritahu anda Ku Nan, saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap anda. Anda tidak mempunyai hak untuk menyingkir saya kerana anda tidak mempunyai integriti,” katanya.

Dengan nada yang agak tidak berpuas hati, Kamarul ketika berucap pada Kongres Rakyat di Shah Alam, semalam mendakwa bahawa kononnya kesemua ahli UMNO sebenarnya telah meluat dan menyampah dengan kebodohan pemimpin-pemimpin parti itu. Siapa agaknya ‘bodoh’ yang dimaksudkan Kamarul tu??

Mungkin juga dia lupa tindakannya itu bakal mempengaruhi kerjayanya sebagai seorang guru. Sudah la bekerja sebagai kakitangan kerajaan, berperangai biadap pulak tu.. Haishhhhhhh, tak tahu bersyukur langsung! Bukan itu sahaja, Kamarul juga menjelaskan bahawa dia tidak hairan sekiranya dia bakal kehilangan kedudukan sebagai seorang guru. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *