Rais Sahkan Perjuangan Mahathir Bukan Untuk Orang Melayu

“Saya tak nampak Kongres Rakyat berjaya, sebab amat jelas bahawa Tun mengadakan program-program ini sekaligus menidakkan apa yang dia buat dahulu.

“Beliau menjadikan arena politiknya sebagai arena peribadi dan apa sebab, tentulah ada kaitan dengan rentetan peristiwa yang membawa kepada pemecatan Datuk Seri Mukhriz di Kedah,” kata Veteran Umno Tan Sri Dr Rais Yatim.

Korang tengok laa… Rais Yatim yang merupakan rakan seperjuangan Mahathir pun mengesahkan, perjuangan Mahathir untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah perjuangan peribadi.

Korang tak yah percayalah dengan kata-kata manis, kononnya perjuangannya mewakili suara rakyat khususnya orang Melayu… Orang Melayu tak pernah melantik Mahathir untuk menjadi mulut rakyat untuk bersuara.

Mungkin korang tak ingat masa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun… Mahathir cukup pantang dan tak suka pemimpin Umno yang bersengkokol dengan pembangkang… Pemimpin Umno yang bersengkokol dengan pembangkang, pasti akan ditamatkan ‘riwayatnya’.

Tapi hari ini, kita sendiri dapat melihat bagaimana Mahathir melakukan perkara yang tidak disukainya bersama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya,  Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Malah lebih mengecewakan, Mahathir sanggup bersengkokol dengan pemimpin parti Cina kiasu.. Adakah itu satu perjuangan untuk orang Melayu apabila sanggup bersengkokol dengan kaum lain?? Tepuk dada, tanyalah jawapan anda sendiri. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *