Rakyat Malaysia Jenis Tak Makan ‘SAMAN’!

Walaupun dah diberi peringatan supaya penggunaan telefon bimbit tak dibenarkan semasa mengisi minyak di stesen minyak, tapi masih ramai yang tak faham bahasa! Tak kira korang ada hal penting nak cakap ke apa pun, tapi utamakan lah keselamatan terlebih dahulu!

Lagi satu tu, dorang ini sebenarnya bukan tak nampak peringatan tu dilekatkan dinding sebaik saja dorang turun dari kereta, tetapi dorang saja membutakan mata dan tak mengendahkannya.. Agaknya dorang nak stesen minyak meletup, baru nak sedar kot noh!

Miss pun tak faham lah, kenapa susah betul nak ikut peraturan demi keselamatan dorang.. Peringatan yang diberikan tu bukan saja-saja, dan mudah jer nak difahamkan.. Kalau budak tengok pun, dorang faham! Yang dah tua bangka jer tak faham-faham lagi! Bukannya minta korang melakukan aksi tak senonoh pun.. Yang susah nak faham tu dah kenapa??

Kalau nak diikutkan lah yer, bukan saja hal penggunaan telefon bimbit masa di stesen minyak jer.. Tapi ramai di kalangan masyakat kita sekarang ini memang jenis tidak beretika ketika berada di stesen minyak! Betul tak apa Miss kata??

Ada sesetengah tu tak suka mati kan enjin kereta, bagi dorang benda ni macam remeh.. Yela, nak isi minyak kejap jer, nak matikan enjin kereta bagai buat apa, kan?? Tetapi dorang tak fikir pulak kesan bahaya menanti kalau dorang abaikan, bukan setakat dorang jer yang menjadi mangsa.. Orang lain pun turut kena juga tau tak! Kalau dorang jer yang rentung tak apa lah, sebab dorang sendiri yang cari pasal! – MissHana/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *