Rakyat Pulau Pinang Berdemo Desak Guan Eng Berundur

Selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi, rakyat Pulau Pinang berkumpul beramai-ramai dihadapan tanah Taman Manggis bagi mendesak Lim Guan Eng berundur dari jawatan Ketua Menteri.

Rakyat Pulau Pinang mendesak Guan Eng berundur kerana mereka telah penat ditipu dan ditindas oleh pentadbiran zalim yang ditonjolkan Guan Eng.

Bukan itu saja rakyat Pulau Pinang cukup marah apabila mengetahui status tanah Taman Manggis yang asalnya digazet untuk rumah kos mampu milik, telah dijual kepada syarikat kroni Guan Eng untuk mendirikan hospital swasta dan hotel mewah.

Selain itu, rakyat Pulau Pinang cukup marah dengan penipuan Guan Eng berhubung pembelian rumah kediamannya yang dilaporkan di beli jauh dibawah harga pasaran.

Menurut rakyat Pulau Pinang, pembelian rumah banglo mewah itu jelas menunjukkan Guan Eng telah menyalahgunakan kuasa apabila sering mendapatkan harga murah dalam pembeliannya.

Justeru, rakyat Pulau Pinang yang telah lama bersabar dengan kekejaman, bersatu hati di hadapan tanah Taman Manggis bagi mendesak Guan Eng berundur dan mahu Guan Eng pulang ke negeri asalnya di Melaka. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *