Sepahtu Tiada Idea, Tiru Lawak Pelawak Indonesia

Sejak kebelakangan ini, Sepahtu yang kini muncul dengan rancangan ‘Sepahtu Reunion’ kembali menjadi sebutan dengan jenaka ‘pickup-line’.

Jenaka ini diikuti dengan frasa ‘ciaa ciaa ciaa’ yang menjadi ikutan bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mengerti ber’pickup-line’ semenjak diperkenalkan oleh Sepahtu.

Populariti lawak pickup-line ini juga menyebabkan pickup-line Shin Chan menjadi ‘ciaa ciaa ciaa’.

Namun begitu, kini timbul desas-desus bahawa jenaka pickup-line ini sebenarnya ditiru dari jenaka kumpulan lawak Indonesia, Opera Van Java (OVJ).

Hasil carian kami di Internet mendapati lawak sebegini sememangnya sudah lama menjadi trademark OVJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *