Serpihan Pesawat Di Mozambique SAH MILIK MH370??

Semalam, Malaysia digemparkan dengan dua berita yang mengejutkan apabila negara jiran, Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 7.9 skala richter yang diramalkan mencetuskan Tsunami dan serpihan pesawat dipercayai milik MH370 telah ditemui di persisiran pantai Mozambique di Afrika Selatan.

Menurut sumber, serpihan pesawat yang dipercayai milik MH370 di tebing pantai Mozambique telah ditemui oleh seorang warga Amerika Syarikat, yang tinggal di negara itu.

Dengan penemuaan serpihan pesawat yang dipercayai milik Malaysia Airline (MAS), Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia bersama DCA Australia bersepakat untuk membawa pulang serpihan tersebut ke Malaysia untuk siasatan lanjut.

Dalam masa DCA Malaysia dan DCA Australia membawa pulang serpihan untuk siasatan lanjut, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liong Tiong Lai menggesa agar rakyat Malaysia bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa MH370.

“Saya menggesa semua orang supaya tidak membuat spekulasi sehingga kita benar-benar memastikan serpihan itu daripada MH370,” kata Liow menerusi laman Twitternya.

Selain itu, menurut laporan NBC News, hasil siasatan awal dan analisis foto menunjukkan seolah-olah objek itu adalah daripada pesawat MAS MH370 yang hilang pada dua tahun lalu.

Dengan hasil siasatan awal yang menggambarkan serpihan itu milik MH370, penyiasat dari Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat berpandangan, peluang untuk menemui MH370 kini semakin cerah. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *