Skandal Banglo Mewah – Guan Eng mula buat Wayang Cina

Seronok melihat skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng… Skandal banglo mewah yang dibeli Guan Eng ini dapat disaksikan seperti sebuah drama sinetron atau drama slot akasia.

Terlalu banyak sangat drama yang ditampilkan oleh Guan Eng sehingga boleh dirakamkan menjadi sebuah drama dan sesuai ditayangkan di TV3 untuk tontonan umum.

Mana tidaknya, bila skandal ini mula didedahkan, Guan Eng yang gelabah biawak mula mempertahankan diri dengan mengatakan pembelian rumah itu diluar harga pasaran kerana rumahnya tidak mempunyai kolam renang.

Selepas itu, drama Guan Eng semakin menjadi apabila beliau menjemput Ahli Parlimen Tasek Gelugur Datuk Shabudin Yahaya untuk ke komtar bagi beliau jelaskan secara ‘face to face’ dengan Shabudin.

‘Part’ drama paling klimak pula, Guan boleh pula mengajak wartawan ke rumahnya untuk mengadakan lawatan sambil belajar, meninjau kawasan persekitaran rumahnya.

Bila ditanya kenapa adakan lawatan atau ‘rumah terbuka’ buat wartawan, Guan Eng menjawab perkara itu bagi mendedahkan situasi sebenar kepada para wartawan yang menjadi telinga dan mata rakyat.

Hahaha… Lawak betul Guan Eng ni.. Rasanya Guan Eng lebih layak jadi pelakon dan pelawak dari jadi ketua pemimpin di Pulau Pinang…. Guan sepatutnya tampil ke dewan rakyat untuk menjelaskan skandal ini macam yang diberitahu Ketua Umno Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican… Bukannya buat rumah terbuka.

“Isu yang dibangkitkan itu sama seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo sebelum ini dan Guan Eng sebagai pemimpin kerajaan harus bijak membersihkan namanya jika mendakwa apa yang dibangkitkan itu tidak benar.

“Tapi tindakan panggil Shabudin bersemuka kononnya untuk mendapatkan penjelasan atau menjemput wartawan ke rumahnya untuk meninjau rumah itu tidak memberi gambaran tindakannya membeli rumah itu dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaransebagai sesuatu yang munasabah,” kata Reezal Merican. -AndyBolat/Utaranews.com-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *