Teater ‘Ombak Rindu’ Mahu Cari Pelakon Wanita Tak Berhijab

Setelah filem ‘Ombak Rindu’ mendapat sambutan yang agak memberansangkan sewaktu pertama kali ditayangkan di pawagam.. Kini, Miss A dapat tahu filem itu akan dibuat dalam versi teater pulak..

Cuma untuk pementasan teater ini, pihak produksi masih lagi belum berjaya menemui pelakon wanita yang tak berhijab untuk memegang watak sebagai Izzah.. Syarat utama untuk memegang watak Izzah adalah seorang wanita yang tak berhijab..

Kan ada antara adegan didalam filem ini perlukan Izzah tampil tak bertudung.. Itu yang pihak produksi kalut cari pelakon wanita tak berhijab.. Mungkin sebab dah ramai pelakon wanita sudah berhijab, agak susah nak cari pelakon wanita yang sesuai dengan watak dan berkualiti dalam lakonan yang tak berhijab sekarang ni..

Tapi, u’olls semua jangan ingat teater untuk ‘Ombak Rindu’ ini akan sama 100% jalan cerita seperti filem ‘Ombak Rindu’.. Kali ini, teater ini membuat gabungan tiga novel, hasil penulisan kreatif Fauziah Ashari..

Teater ‘Ombak Rindu’ ini tidak lagi menampilkan Aaron Aziz sebagai heronya, tapi pelakon Keith Foo yang akan menjadi hero bagi pementasan teater ‘Ombak Rindu’ ni.. Teater ini akan dipentaskan di Istana Budaya pada 22 April hingga 1 Mei depan..

U’olls rasa pelakon wanita tak berhijab mana yang sesuai ye? Miss A rasa Nora Danish dan Nabila Huda mungkin boleh disenarai pendekkan oleh pihak produksi kalau nak pilih.. Lakonan dorang pun boleh tahan hebat.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *