Umat Islam Perlu Bersatu Menolak DAP Dari Memerintah Negara Malaysia

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengejutkan seluruh umat Islam, apabila beliau menyeru agar umat Islam bersatu menolak parti cina kiasu, DAP untuk memerintah negara.

Tambah Hadi, DAP tidak layak untuk mentadbir negara yang mempunyai ramai umat Islam kerana parti cina kiasu itu anti Islam, dan sudah tentu akan mentadbir negara dengan tidak berlandaskan syariat Islam.

Benar apa yang dikatakan Hadi terhadap DAP… Lihat sajalah apa yang terjadi terhadap umat Islam di negeri itu… Mereka hidup bagaikan pelarian ditempat kelahiran sendiri.

DAP sememangnya anti Islam apabila sering mengganggu perniagaan umat Islam berbanding sesama kaum mereka… Bukan itu saja, kediaman umat Islam di negeri itu turut diganggu, apabila mereka diusir secara paksaan tanpa diberikan pampasan yang setimpal.

Selain itu, Hadi turut menggesa DAP melupakan impian untuk memerintah negara memandangkan negara ini mempunyai umat Islam sebanyak 60 peratus berbanding kaum cina 30 peratus.

“DAP mempunyai cita-cita yang lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi, oleh itu hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu,” kata Hadi.

Dalam masa sama, Hadi juga menyelar Parti Amanah Negara (PAN) yang sanggup bersengkokol dengan parti cina rasis bagi merealisasikan impian besar untuk memerintah negara.

PAN masih tidak dapat melihat agenda DAP yang hanya memperkudakan PAN untuk menarik sokongan umat Islam terhadap parti cina kiasu itu, walaupun PAN tidak mempunyai sokongan. – AndyBolat/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *