Uqasha Senrose Tipu Peminat Pasal Kereta Kena Pecah??

Sekarang ini kan tengah popular drama ‘Tundukkan Playboy Itu’, salah seorang watak utama dalam drama ini adalah Uqasha Senrose.. Banyak peminat yang selalu ikuti perkembangan pelakon itu..

Semalam, masa dok scroll laman Facebook, Miss A terjumpa satu status yang dimuatnaik oleh Uqasha kat Facebook miliknya.. Terkejut juga Miss A bila Uqasha maklumkan kereta miliknya dah kena pecah.. Pastu barang-barang penting dah hilang, antaranya 3 handbag dan dokumen penting..

Tempat kereta Uqasha kena pecah tu kat Hospital Shah Alam dan  dia minta perkara ini diviralkan.. Baru nak rasa simpati dengan nasib yang menimpa Uqasha ni.. Pagi tadi Miss A bukak semula akaun Facebook Uqasha.. Tengok-tengok ‘post’ pasal kereta kena pecah tu sudah dipadam..

Kegilaan apa yang si Uqasha ni tengah buat, ke nakkan perhatian dari orang ramai je? Attention seeker betul la Uqasha ni.. So persoalannya, betul ke kereta Uqasha ni kena pecah dan barang hilang..

Kalau betul, yang pergi padam post tu dah kenapa pulak.. Mungkin orang-orang yang tahu dapat la tolong kalau jumpa..

Apapun, memang dah banyak kali kan orang pesan jangan tinggal barang-barang berharga macam handbag dalam kereta.. Sampai 3 handbag sekali tinggal dalam kereta, memang mengundang penjenayah la nak pecahkan tingkap kereta.. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *