200 hadir dengar ceramah Guan Eng di Miri.. #prnsarawak

MIRI – Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng sebentar tadi berceramah di center point N75 Senadin di hadapan 200 orang penyokong DAP sebelum pulang ke P.Pinang.

Walaupun ceramah ini dianggap sebagai ceramah Perdana bagi DAP, ia agak mengecewakan dari segi kehadiran masyarakat setempat.

Guan Eng dalam ceramahnya menggesa pengundi di Miri agar melakukan perubahan berani untuk menjatuhkan BN. Menurut Guan eng, jika BN tumbang maka berakhirlah era GST kononnya.

Ketua Menteri P.Pinang itu juga mahu pengundi Miri menghukum Ketua Menteri Adenan Satim dengan memberikan kemenangan kepada calon DAP.

Menurut Guan Eng, Adenan harus dipersalahkan kerana menyokong kezaliman yang dilakukan oleh Najib yang menipu serta menyeleweng wang rakyat.

Sebagai makluman, Guan Eng kini dianggap manusia penipu dan kaki putar belit di P.Pinang berikutan skandal rasuah Taman manggis yang hangat diperkatakan.

Beliau kini sedang berhadapan dengan siasatan pihak berkuasa diatas tuduhan berkenaan. – Utaranews.com 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *